

|
SPM kita
![]() 18 April 2014 @ 1:48:00 PM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum , Salam sejahtera :)
Haa , ada satu benda yg jiea tak story lg :'D About my Spm. Okay, jom mula. Sehari sebelum amek result kat sekolah haritu, aku memang tak senang duduk laa. Nak tido pun macam tak lena. Akhirnya, tido lambat. Esok pagi tu bangun Subuh then tido balik. Pastu bangun tengok katon. Nak sedapkan hati. Berlagak macam takde pape. Hahahaha. Akhirnya, ibu bersuara. Dia suruh pergi siap nak amek result. Errrgh? Ingatkan ibu tak tahu. Baru plan tak nak amek result. On that time berat badan jadi 250 kg. Uhhh. Malasnya nak pergi siap. Pukul 11 baru kaki melakah dengan beratnya ke bilik air. Mandi. Kawan-kawan semua sibuk dok mesej suruh datang sekolah. Yela, I'm on my way, On my way laa sangat. Padahal tengah bermandi manda lagi tu. Pukul 12 baru bertolak pergi sekolah. Nasib baik perjalanan dari rumah ke sekolah amek mase 30 minit je. So, kejap je sampai sekolah. Masa dalam kereta aku check spm guna sms. 3 kali hantar sms. Pehh, lambat siot reply. Masuk je pagar sekolah, dapat sms dia bagitau result. Maigadd. Nak nangis. Aku dapat 6a 2b+ 1b 1c. Masuk dewan sekolah je, nama aku da terlepas. Sedih bertambah tambah. Baru beberapa saat lepas k. Hm. Aku sedih dengan result aku sebab impian jiea nak lawan abang long aku. Last year dia dapat 6a jugak. Dia frust menonggeng. So, aku nak laa lebih sikit dari die. Tapi aku bersyukur. Sekurang-kurangnya tak kurang dari die. kan? :D Sebelum Spm dulu,aku ada cakap dengan sorang membe ni. aku cakap dengan die, time amek result, kaki aku nak naik atas pentas ni. Then, kawan aku cakap, kite naik pentas sesame ye. On that time memang tacing gile ahh. Terharu :') Bila masa result keluar tu, akhirnya, impian nak naik pentas tercapai. Cume tak sempat je sebab name terlepas. Aku sempat tengok kawan aku tu naik pentas. Die dapat 7a. lebih satu dari aku. Papepun aku tetap happy :) Cuma ralat dengan C tu aje. Chemistry. Itsokay, tu je kemampuan aku. Kat universiti nanti nak pulun habis-habis. Wish me luck :DD Congrats kat semua spm leaver dengan keputusan yg korang ada :) Semua orang ada kelebihan dan kekurangan. Bersyukurlah. Salam sayang. 0 Comment(s)
|
The Disclaimer ![]() Navigations! Let's Talk!
The Credits!
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Edited : Shams Header : Miss Chichi Background : Miss Chichi Owner : JieaAziz Other: ☎ ☎ ☎
|
Jiea Aziz