

|
Hala Tuju
![]() 24 April 2014 @ 8:58:00 PM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum semua :)
Tunjuk riak muka ceria jap.
Jom mula cerita.
Nak mula dari mana ahh ........
Okay , sebenarnya aku confius ni . Confius sangat . Hampir setiap hari aku fikir tentang ni . Dah laa aku ada masalah tidur . Penyakit mengantuk tapi tak bole tidur xx Lari topik pulak dah .
Sebenarnya nak share kekeliruan yang berlaku dalam life aku ni .
Sebagai manusia lepasan Spm , aku confius dengan hala tuju aku lepas ni .
Dapat tawaran swasta , mohon ipta , mohon matriks , mohon spa8 .
Mohon banyak2 bila dapat keputusan nanti , gelabah biawak taktau nak pilih mana grr .
Swasta and matriks aku jadikan yg ketiga dan keempat .
Yang pertama dan kedua sekarang ni ialah ipta dan spa8 .
Aku dah banyak blogwalking , baca pengalaman pelajar ipta , pelajar spa8 .
Aku cuba cari perbezaan antara dua benda ni . Aku da tahu kelebihan masing2 . Tapi masih kekal buntu . Nampak tak kekeliruan bertambah bila aku mula cari maklumat . Ugh . Kill me xx
Okay , jom tengok perancangan aku lepas ni ...
First , IPTA .
Kalau ditawarkan sambung belajar di mana-mana ipta . Tapi aku prefer Uitm . Aku nak sangat masuk Uitm. Sebab? Dekat dengan rumah. Kesian ibu ayah duduk berdua je kat rumah . Kalau aku ada kat rumah , boleh laa aku buat depa pening kepala dengan perangai aku ni . kikiki . Mampuih aku kalau ibu and ayah baca ni .
Bila daftar masuk ipta , aku buat diploma . Tak kisah laa dapat pharmacy atau medical imaging . Buat diploma selama 3 tahun . Then , aku sambung buat ijazah selama 4 tahun . Habis ijazah buat laa prp selama setahun . (err , prp la kot kalau tak silap nama dia) Lepas tu diiktiraf laa Pegawai Farmasi . tu kalau farmasi . Aku cari maklumat tentang farmasi aje . Medical imaging tak sangat . Tak sangat ? Langsung tak sebenarnya !
Second , SPA8 .
SPA stand for Sistem Perkhidmatan Awam .
Kalau aku dipanggil temuduga ni , then kalau aku diterima , aku akan buat diploma selama 3 tahun . Lepas tu terus kerja dengan kerajaan . Masa belajar tu , dia bagi elaun rm800 . Each month kalau tak silap . Maap ye kalau ada maklumat salah . Then , kalau nak sambung buat ijazah pun boleh .
Korang nampak tak beza dua pilihan aku ni ?
Hati sebelah kanan aku nak pergi ipta . Hati sebelah kiri aku nak pergi spa8 tu .
Nak ikut kanan ke kiri ni ...
Ibu nak aku masuk ipta . Ayah nak aku masuk spa8 tu .
Argh , Bertambah kekeliruan di sini :3
Lepas tu aku confius lagi lepas baca satu entri kat blog ni . Blog tu cakap bidang farmasi ni memang antara bidang yang kritikal . Tapi peluang kerjaya tu takut full dalam goverment . Meaning that , kena kerja dengan swasta laa . Lepas tu dia cakap , dentistry punya peluang kerjaya lebih banyak . Masalahnya aku tak minat gigi gigi ni . huaaaaaaa , tolong aku buat pilihan :/
Papepun , kite tunggu keputusan ipta dan temuduga spa8 ya?
Daa , see you in next entry . With love .
0 Comment(s)
|
The Disclaimer ![]() Navigations! Let's Talk!
The Credits!
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Edited : Shams Header : Miss Chichi Background : Miss Chichi Owner : JieaAziz Other: ☎ ☎ ☎
|
Jiea Aziz